MENCARI CINTA YANG TIADA AKHIR Oleh : Ana Solehah
Kita akan mencari cinta yg membuat hidup bercahaya, bukan saja di dunia, tapi juga di alam berikut yg tiada akhirnya. Janganlah dibiarkan jiwa menjadi lemah kerana cinta. Tidak dinafikan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diundang. Maka persiapkanlah diri dengan iman & ilmu secukupnya agar diri tidak hanyut dibuai angan & mimpi indah padahal semua itu langsung tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika tersilap, perbaikilah diri dan ajaklah orang yang dicintai itu untuk kembali muhasabah. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada Ilahi. Cinta yang luhur perlukan pengorbanan. Tidak semua cinta itu indah isinya. Tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. Cinta itu terlalu sukar untuk dihuraikan, terlalu misteri bentuknya. Cinta bukan selamanya indah. Cinta tidak selamanya kekal abadi. Cinta itu tidak pernah sama bentuknya. Cinta juga tidak pernah menjanjikan keriangan. Yang kekal hanyalah cinta pada Allah SWT. Cinta yang membawa manusia ke syurga. Itulah yang seabadi ci...