MENCARI CINTA YANG TIADA AKHIR Oleh : Ana Solehah



Kita akan mencari cinta yg membuat hidup bercahaya, bukan saja di dunia, tapi juga di alam berikut yg tiada akhirnya.

Janganlah dibiarkan jiwa menjadi lemah kerana cinta. Tidak dinafikan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diundang. Maka persiapkanlah diri dengan iman & ilmu secukupnya agar diri tidak hanyut dibuai angan & mimpi indah padahal semua itu langsung tidak menjanjikan kebahagiaan. Jika tersilap, perbaikilah diri dan ajaklah orang yang dicintai itu untuk kembali muhasabah. Binalah kembali cinta yang berasaskan cinta kepada Ilahi.

Cinta yang luhur perlukan pengorbanan. Tidak semua cinta itu indah isinya. Tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan. Cinta itu terlalu sukar untuk dihuraikan, terlalu misteri bentuknya. Cinta bukan selamanya indah. Cinta tidak selamanya kekal abadi. Cinta itu tidak pernah sama bentuknya. Cinta juga tidak pernah menjanjikan keriangan.

Yang kekal hanyalah cinta pada Allah SWT. Cinta yang membawa manusia ke syurga. Itulah yang seabadi cinta yang tertinggi darjatnya. Allahu Akhbar.

Walaupun demikian, ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). ( Surah Al-Baqarah: Ayat 165)

Mencintai Allah SWT tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan.Cinta kepadaNya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang tidak terfikir oleh fikiran kita yang kerdil ini.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana DIA memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih::

dari rumahzakat


Popular posts from this blog

Astaghfirullah hal 'adzim al ladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih

1.5 Jam Hidup didunia ini

Wahai laki-laki